HAI SEMUA

div class="widget">


Jumaat, 3 April 2015

TEKNIK

Teknik nabi mendorong pelajar untuk tidak tidur dalam kelas
Tips mengejutlan pelajar yang sedang tidur.
Andainya ketika kita masuk kelas, ada pelajar sedang tidur, elakkanlah daripada berbuat begini :
1. Kuatkan suara dan berkata, " Bangun! Bangun! Apalah! Nak tidur, balik rumahlah." (×)
2. Goyang badan pelajar sambil bising-bising @ membebel. (×)
3. Suruh pelajar lain mengejutkan pelajar itu, manakala guru arah-marah (x)
Pelajar yang sudah 'imun'akan buat liat dan mungkin buat tak tahu. Tidak heran pun dengan 'kebisingan' guru. Mungkin ada yang bangun sebab tak sanggup dengar bebelan guru atau mungkin takut kepada guru.
Sayangnya,mereka akan mengulangi perbuatan dan sdtiap kali cikgu juga yang stres berhadapan dengam pelajar demikian. Hakikatnya, vara di atas kurang berkesan mendorong pelajar berubah dan hanya menaikkan kemarahan guru.
Cuba ikut sunnah. Kita ikut pula teknik Nabi Muhammad s.a.w mendorong perubahan tingkah laku daripada kurang baik kepada baik.
Teknik 1 Pejam mata kepada kesalahan dan puji lebaikan.
1. Kejut pelajar dengan suara lembut tetapi serius @tegas ( tidak perlu tinggikan suara)
2. Boleh juga goyangkan badannya (perlahan-lahan) dan panggil nama pelajar itu.
3. Setelah pelajar itu sedar, puji pelajar tanpa menyatakan kesalahannya. Cari kebaikan pelajar.
Contoh pujian :
"Bagus! Kamu sudah berada di sekolah. Kamu sudah susah payah datang ke sekolah. Apabila kamu belajar, kamu akan mendapat banyak ilmu dan boleh bantu kamu dalam peperiksaan. ( Bagi pelajar Islam, bolehlah ditambah -Allah berikan pahala atas usaha kamu ini)."
Teknik 2 Terangkan peraturan
1. Kejut pelajar dengan suara lembut tetapi serius @tegas ( tidak perlu tinggikan suara)
2. Boleh juga goyangkan badannya (perlahan-lahan) dan panggil nama pelajar itu.
3. Setelah pelajar itu sedar, terangkan peraturan sekolah.(Suara tegas bukan marah-marah )
Contoh :
" Sekolah bukan tempat tidur, sebaliknya sekolah tempat belajar.
(Nyatakan kesalahan dan nyatakan perbuatan yang betul)
Teknik 3 Teknik Tegur Kesalahan dengan memberikan informasi.
1. Kejut pelajar dengan suara lembut tetapi serius @tegas ( tidak perlu tinggikan suara)
2. Boleh juga goyangkan badannya (perlahan-lahan) dan panggil nama pelajar itu.
3. Setelah pelajar itu sedar, tegur kesalahan dan berikan informasi berkaitan
"Bangun! Tidur akan hanya membuatkan kamu ketinggalan dalam pelajaran. "
Teknik 4 Teknik Tidak Menyiasat Kesalahan tetapi Memberikan Solusi
1. Kejut pelajar dengan suara lembut tetapi serius @tegas ( tidak perlu tinggikan suara)
2. Boleh juga goyangkan badannya (perlahan-lahan) dan panggil nama pelajar itu.
3. Setelah pelajar itu sedar, janganlah disiasat sebab dia tidur.
"Kenapa kamu tidur?" (×)
" Malam tadi kamu buat apa? " (×)
" Kamu ni mahu jadi apa?" (×)
4. Sebaliknya, terus berikan solusi.
Apabila pelajar itu sudah bangun, suruh pelajar ke tandas dan bersihkan muka.
Atau
Apabila pelajar itu bangun, suruh pelajar duduk tegak dan mula belajar
Atau
Doakan pelajar itu (biarkan pelajar dengan doa guru.
Contoh:
Saya doakan hilang mengantuk kamu dan kamu boleh belajar bersama kawan-kawan kamu.
Atau
"Ya Allah! Permudahkanlah anak didikku ini untuk belajar dan hilangkanlah rasa mengantuknya."
Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan