HAI SEMUA

div class="widget">


Rabu, 28 Februari 2018

HARI KONVOKESYEN UUM

ASSALAMUALAIKUM 😍

ALHAMDULILLAH, setelah bertungkus lumus menghabiskan degree di UUM, Sintok Kedah dalam bidang Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat Dengan Kepujian, akhirnyaaaa aku berjaya mendapatkan segulung ijazah. khas buat ibu bapa ku. Terima kasih bagi sokongan moral, kasi duit belanja. opss! Saya tak ambil PTPTN. Saya PaMa heheeh. Alhamdulillah! Berjaya habiskan juga.

Terima kasih sahabat2 UUM lagi2 Geng DPP TNB UUM yang menjadi pendorong yang jitu kepada saya bila tengah down, kena repeat paper hahahah (apa teruk sangat Raihana oi) tapi nak buat macam mana. lumrah kehidupan. saya tak belajar account dulu, so dia jadi biul sikit bila nak study hahahahah. Alhamdulillah, repeat dan lulus okayyy hehhee.

ok nah, kita Share gambar konvo 18-21 NOVEMBER 2017






















MAJLIS PERTUNANGAN RAIHANIS

ALHAMDULILLAH! Segala Pujian untukMu Ya Rabb, Terima kasih untuk kenangan dan memori yang indah 💗Engkau yang memberi segala nikmat dan segala suka dan duka dalam setiap perhubungan. 

TERIMA KASIH untuk 23 September 2017, Raihanis selamat bertunang! Alhamdulillah 💘Terima kasih kepada yang banyak membantu. Ibu bapa, Jiran2 terutama sekali Cik Liza. (Alfatihah untuk arwah cik liza yang telah meninggal dunia pada 10/12/2017) Sedih tapi kenangan bersama arwah tidak akan dilupakan sampai bila2. Rindu cik liza.! 

Terima kasih kepada keluarga pihak lelaki yang sudi menerima saya sebagai sebahagian dari keluarga. tidak lah begitu sempurna tapi saya cuba sedaya upaya untuk menjadi yang sempurna. 

Semoga kami terus kuat untuk menghadapi rintangan pertunangan. moga Happy Ending! 😘





Rabu, 26 April 2017

SAYA STUDENT PRAKTIKAL

Assalamualaikum dan selamat pagi warga blogger!. 

lama rasa tidak menulis entry blog ni taw!. last tahun lepas la kot. tu pon sebab tugasan assignment. kihkih. di sebabkan semalam ada orang mengingatkan tentang blog baru saya teringat yang saya ni ada blog tapi dilupakan. okayy saya tulis balik ya! 

hari ni saya nak cerita tentang tempat saya praktikal sekarang iaitu di Koperasi Belia Islam Malaysia Berhad, Taman Cemerlang Gombak. saya dikehendaki menghabiskan praktikal selama 4 bulan bermula dari 13 Februari 2017-12 Jun 2017. eeee sikit lagi masa taw. tak sabarr!. kiranya praktikal ni macam sem 8 saya lah di UUM. sem last uolsss. lepas tu grade lepas tu haa kerja ke kawen ke. tengok la rezeki dimana nanti hihi. 

sekarang saya berada di bawah CEO iaitu En Azman. Tugasan yang diberikan agak mencabar dan kena rajin. Tapi saya tak rajin. Tapi saya kena rajin juga. Syarikat orang ni, jangan buat pasal hehe. Tugasannya adalah mencari isu-isu berbangkit dan keputusan daripada isu-isu tersebut dalam Mesyuarat Lujnah Syariah dari tahun 1989-sekarang. haaa power tak power. haha mesti la powerr isu dah ada dah cuma kena taip balik molek2. dah hampir siap! doakannnn saya! 

Sebelum di bawah unit CEO, saya sudah berada di bawah unit Sumber Tenaga Insan (STI), unit Tahayyul Al-Haj Wal Umrah, unit Keanggotaan, unit Kewangan, unit Susulan Kredit, unit Takaful, dan unit KBI Training & Consultancy. semua tugasan insyaAllah saya rasa dah lakukan yang terbaik. moga-moga semua staf boleh terima kehadiran saya hihi.

staf kat KBI semua baik-baik taw. Ok lah semua boleh jadi kawan. dan boleh juga jadi lawan kihkihkih. k ni gurauuu. semua baik-baik taww. ni adalah antara staf KBI bahagian Kewangan :



yang ni Nirwan dengan mokcik Eshah. depa ni cucu dan nenek. hehe


En Anuar, Kak Reen, Kak Zai


Kak Reen dan Mokcik Eshah


kak Reen, Mokcik Eshah dan Kak Zai


En Anuar dan En Edi


Alya, Kak Yati dan Arfan (anak beranak ni hehe)


Raihana comey dan Kak Zura Gojessss

ada lagi staf lain, nanti saya perkenalkan lagi. saya rapat dengan kak zura gojesss. lebiuuu kak zura. hehehe. setakat ini dulu. tunggu sambungannya nanti ya. 

Lots of love, Raihana
student practical yang comel.

Rabu, 30 Mac 2016

POST 10 : Cara untuk Menyimpan duit yang berkesan



1. HAPUSKAN Hutang Anda Terlebih Dahulu.

Kira berapa banyak anda telah habiskan untuk membayar hutang anda.Anda akan mendapati bahawa menghapuskan hutang adalah cara terpantas yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan duit lebih untuk disimpan.

2. Tetapkan Matlamat Tabungan Anda.

Berapa banyak sebenarnya yang anda nak simpan?
Jika anda ingin membeli rumah, anda tentuka berapa banyak bayaran muka yang anda perlu buat.Untuk matlamat jangka panjang, seperti persaraan, anda perlu melakukan perancangan yang lebih rapi.

3. Buat Satu Jangka Masa Untuk Anda Menyimpan.

Sebagai contoh: “Saya nak beli sebuah rumah dua tahun akan datang bermula dari hari ini.” Apabila anda sudah menetapkan tarikh tertentu, tarikh tersebut membolehkan anda fokus untuk mencapai matlamat itu.

4. Fikirkan Berapa Banyak Yang Anda Perlukan Untuk Menyimpan.

Anda perlu fikir berapa banyak yang boleh anda simpan duit selama seminggu, sebulan atau setiap kali anda mendapat gaji untuk mencapai setiap matlamat penyimpanan duit anda.

5. Simpan Rekod Perbelanjaan Anda.

Dengan kata lain, keep track perbelanjaan anda. Ada dua perkara mengenai duit anda: berapa banyak yang anda dapat dan berapa banyak yang anda belanjakan.

Tulis perbelanjaan anda untuk setiap bulan. Buat seperinci yang mungkin, dan pastikan anda masukkan pembelian kecil seperti shavers atau syampu dan lain-lain.

POST 9 : Cara untuk hilangkan stress


1. Mengurangkan Stress dengan Bersenam.
Saya selalu berlari dan berjoging. Ia satu aktiviti kegemaran bagi saya Dengan berjoging, ia akan membantu mengurangkan stress saya dengan banyak cara. Bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi saya ruang untuk berfikir dan mencari ilham.

2. Mengurangkan Stress dengan Tidur.
Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan sehari-hari. Tidur yang cukup akan mengecas bateri (tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.

3. Mengurangkan Stress dengan Membaca Buku & Al-Quran
Saya pernah terbaca artikel di Wall Street Journal mengenai budaya membaca secara perlahan. Ideanya adalah dengan membaca pada waktu tertentu boleh meningkatkan ketajaman minda kita, serta mengurangkan stress. Jika anda seorang yang gemarkan buku seperti saya, fakta ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ia memang betul.

4. Mengurangkan Stress Dengan Menceburi Aktiviti Seni

Saya sangat sukakan fotografi. Malah saya membuat servis ambil gambar perkahwinan, bukan untuk keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada untuk release stress. Saya selalu menghabiskan masa dengan kamera. Ekspresi kreatif dan artistik akan memberi keseronokan kepada jiwa kita, membuatkan minda kita rileks.

POST 8 : Cara untuk Persediaan Untuk Belajar

1. Mengatur Masa
Masa amat kritikal dalam pembelajaran berkesan, oleh itu anda perlu mengaturnya dengan baik. Anda perlu membuat jadual waktu harian dan membekalkan beberapa jam mengikut kemampuan anda untuk belajar dan mentelaah pelajaran. Dengan berbuat demikian, ia boleh memberikan anda keputusan yang lebih dalam peperiksaan.

2. Sesuaikan Dengan Kemampuan Diri
Dapatkan rentak pembelajaran yang sesuai dengan anda dan suaikan dengan jadual waktu anda. Sesetengah kelas ataupun subjek anda boleh menangkap dengan baik, dan ada sesetengah tidak. Oleh itu, cuba sesuaikan diri dan berikan penekanan pada bahagian yang anda kurang. Dan sekiranya anda seorang yang agak lambat untuk memahami sesuatu, anda perlu peruntukkan masa yang lebih banyak untuk belajar.

3. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi
Pastikan dalam jadual anda itu mempunyai masa untuk tidur dan rehat. Tidur yang mencukupi (6-7 jam semalaman) setiap malam boleh memberikan kesan yang sangat besar kepada prestasi pembelajaran anda. Hal ini sangat penting sekiranya anda perlu mengambil ujian pada keesokan harinya. Pastikan anda tidur pada malam sehari sebelum ujian itu, elakkan daripada mengamalkan amalan tidak tidur sebelum ujian. Dan jangan belajar last minute!

4. Kosongkan Fikiran Daripada Perkara Yang Tidak Berkaitan

Jika anda mempunyai banyak komitmen semasa anda menjadi pelajar ataupun mahasiswa, anda kemungkinan mempunyai banyak benda untuk fikirkan. Ini boleh mengganggu tumpuan anda semasa belajar.

POST 7 : TEKNIK MEMBAYAR PTPTN

Teknik membayar PTPTN menggunakan ASB atau Tabung Haji

*Ini hanyalah teknik cadangan dengan andaian dividen 7% untuk asb / 5.5% untuk tabung haji dan perlu berdisiplin utk membayar dan menyimpan setiap bulan. Tiada pinjaman asb dilakukan*


Satu teknik menyelesaikan hutang PTPTN dan pada masa yg sama menyimpan dalam ASB (Tidak perlu melakukan pinjaman ASB). Teknik menyelesaikan PTPTN dalam masa 5 tahun @ 60 bulan.

1.             Tetapkan bajet bulanan untuk pembayaran PTPTN dan simpanan ASB.
2.             Perlukan komitmen bulanan RM500 sahaja.
3.             Bayar mengikut jadual atau lebih.
4.             Jangan tertinggal menyimpan atau membayar.

Contoh:


Jumlah Pembiayaan: RM28000
Ujrah 1% dari RM28000: RM280 (setahun) @ RM23.33 (bulanan)
Tempoh bayaran balik: 180 bulan (15 tahun)
Jumlah upah: RM4200 (untuk 15 tahun)

Ansuran bulanan: RM178.89 @ RM180

Kita pilih untuk selesaikan dalam masa 5 tahun dan menyimpan di ASB selama 5 tahun. Anda perlu membayar ke PTPTN mengikut jadual iaitu RM180 sebulan.

1.             Baki hutang PTPTN bulan ke 61 =  RM18,666.40 
2.             Simpanan terkumpul di ASB =  RM22,911.49
3.             Tolak Simpanan dan Baki Hutang.
4.             Andaian dividen ASB 7% setahun.
5.           Penjimatan lebih jika ada lagi promosi dari PTPTN (diskaun 20%) jika buat bayaran penuh masa bulan ke 61 (dapat lebihan tunai hasil tolakan).

BERIKUT ADALAH CARA PENGIRAAN MENGGUNAKAN ASB :


Jika anda pilih Tabung Haji

1.             Baki hutang PTPTN bulan ke 61 =  RM18,666.40  
2.             Simpanan terkumpul di Tabung Haji =  RM22,064.64
3.             Tolak Simpanan dan Baki Hutang 
4.             Andaian dividen Tabung Haji 5.5% setahun.
5.           Penjimatan lebih jika ada lagi promosi dari PTPTN (diskaun 20%) jika buat bayaran penuh masa bulan ke 61 (dapat lebihan tunai hasil tolakan).

BERIKUT ADALAH CARA PENGIRAAN MENGGUNAKAN TABUNG HAJI :