HAI SEMUA

div class="widget">


Rabu, 30 Mac 2016

POST 7 : TEKNIK MEMBAYAR PTPTN

Teknik membayar PTPTN menggunakan ASB atau Tabung Haji

*Ini hanyalah teknik cadangan dengan andaian dividen 7% untuk asb / 5.5% untuk tabung haji dan perlu berdisiplin utk membayar dan menyimpan setiap bulan. Tiada pinjaman asb dilakukan*


Satu teknik menyelesaikan hutang PTPTN dan pada masa yg sama menyimpan dalam ASB (Tidak perlu melakukan pinjaman ASB). Teknik menyelesaikan PTPTN dalam masa 5 tahun @ 60 bulan.

1.             Tetapkan bajet bulanan untuk pembayaran PTPTN dan simpanan ASB.
2.             Perlukan komitmen bulanan RM500 sahaja.
3.             Bayar mengikut jadual atau lebih.
4.             Jangan tertinggal menyimpan atau membayar.

Contoh:


Jumlah Pembiayaan: RM28000
Ujrah 1% dari RM28000: RM280 (setahun) @ RM23.33 (bulanan)
Tempoh bayaran balik: 180 bulan (15 tahun)
Jumlah upah: RM4200 (untuk 15 tahun)

Ansuran bulanan: RM178.89 @ RM180

Kita pilih untuk selesaikan dalam masa 5 tahun dan menyimpan di ASB selama 5 tahun. Anda perlu membayar ke PTPTN mengikut jadual iaitu RM180 sebulan.

1.             Baki hutang PTPTN bulan ke 61 =  RM18,666.40 
2.             Simpanan terkumpul di ASB =  RM22,911.49
3.             Tolak Simpanan dan Baki Hutang.
4.             Andaian dividen ASB 7% setahun.
5.           Penjimatan lebih jika ada lagi promosi dari PTPTN (diskaun 20%) jika buat bayaran penuh masa bulan ke 61 (dapat lebihan tunai hasil tolakan).

BERIKUT ADALAH CARA PENGIRAAN MENGGUNAKAN ASB :


Jika anda pilih Tabung Haji

1.             Baki hutang PTPTN bulan ke 61 =  RM18,666.40  
2.             Simpanan terkumpul di Tabung Haji =  RM22,064.64
3.             Tolak Simpanan dan Baki Hutang 
4.             Andaian dividen Tabung Haji 5.5% setahun.
5.           Penjimatan lebih jika ada lagi promosi dari PTPTN (diskaun 20%) jika buat bayaran penuh masa bulan ke 61 (dapat lebihan tunai hasil tolakan).

BERIKUT ADALAH CARA PENGIRAAN MENGGUNAKAN TABUNG HAJI :






Tiada ulasan:

Catat Ulasan