1.
Mengatur Masa
Masa
amat kritikal dalam pembelajaran berkesan, oleh itu anda perlu mengaturnya
dengan baik. Anda perlu membuat jadual waktu harian dan membekalkan beberapa
jam mengikut kemampuan anda untuk belajar dan mentelaah pelajaran. Dengan
berbuat demikian, ia boleh memberikan anda keputusan yang lebih dalam
peperiksaan.
2.
Sesuaikan Dengan Kemampuan Diri
Dapatkan
rentak pembelajaran yang sesuai dengan anda dan suaikan dengan jadual waktu
anda. Sesetengah kelas ataupun subjek anda boleh menangkap dengan baik, dan ada
sesetengah tidak. Oleh itu, cuba sesuaikan diri dan berikan penekanan pada
bahagian yang anda kurang. Dan sekiranya anda seorang yang agak lambat untuk
memahami sesuatu, anda perlu peruntukkan masa yang lebih banyak untuk belajar.
3.
Dapatkan Tidur Yang Mencukupi
Pastikan
dalam jadual anda itu mempunyai masa untuk tidur dan rehat. Tidur yang
mencukupi (6-7 jam semalaman) setiap malam boleh memberikan kesan yang sangat
besar kepada prestasi pembelajaran anda. Hal ini sangat penting sekiranya anda
perlu mengambil ujian pada keesokan harinya. Pastikan anda tidur pada malam
sehari sebelum ujian itu, elakkan daripada mengamalkan amalan tidak tidur
sebelum ujian. Dan jangan belajar last minute!
4.
Kosongkan Fikiran Daripada Perkara Yang Tidak Berkaitan
Jika
anda mempunyai banyak komitmen semasa anda menjadi pelajar ataupun mahasiswa,
anda kemungkinan mempunyai banyak benda untuk fikirkan. Ini boleh mengganggu
tumpuan anda semasa belajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan