HAI SEMUA

div class="widget">


Rabu, 30 Mac 2016

POST 10 : Cara untuk Menyimpan duit yang berkesan



1. HAPUSKAN Hutang Anda Terlebih Dahulu.

Kira berapa banyak anda telah habiskan untuk membayar hutang anda.Anda akan mendapati bahawa menghapuskan hutang adalah cara terpantas yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan duit lebih untuk disimpan.

2. Tetapkan Matlamat Tabungan Anda.

Berapa banyak sebenarnya yang anda nak simpan?
Jika anda ingin membeli rumah, anda tentuka berapa banyak bayaran muka yang anda perlu buat.Untuk matlamat jangka panjang, seperti persaraan, anda perlu melakukan perancangan yang lebih rapi.

3. Buat Satu Jangka Masa Untuk Anda Menyimpan.

Sebagai contoh: “Saya nak beli sebuah rumah dua tahun akan datang bermula dari hari ini.” Apabila anda sudah menetapkan tarikh tertentu, tarikh tersebut membolehkan anda fokus untuk mencapai matlamat itu.

4. Fikirkan Berapa Banyak Yang Anda Perlukan Untuk Menyimpan.

Anda perlu fikir berapa banyak yang boleh anda simpan duit selama seminggu, sebulan atau setiap kali anda mendapat gaji untuk mencapai setiap matlamat penyimpanan duit anda.

5. Simpan Rekod Perbelanjaan Anda.

Dengan kata lain, keep track perbelanjaan anda. Ada dua perkara mengenai duit anda: berapa banyak yang anda dapat dan berapa banyak yang anda belanjakan.

Tulis perbelanjaan anda untuk setiap bulan. Buat seperinci yang mungkin, dan pastikan anda masukkan pembelian kecil seperti shavers atau syampu dan lain-lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan