1. HAPUSKAN Hutang Anda Terlebih Dahulu.
Kira
berapa banyak anda telah habiskan untuk membayar hutang anda.Anda akan
mendapati bahawa menghapuskan hutang adalah cara terpantas yang boleh anda
gunakan untuk mendapatkan duit lebih untuk disimpan.
2.
Tetapkan Matlamat Tabungan Anda.
Berapa
banyak sebenarnya yang anda nak simpan?
Jika
anda ingin membeli rumah, anda tentuka berapa banyak bayaran muka yang anda
perlu buat.Untuk matlamat jangka panjang, seperti persaraan, anda perlu
melakukan perancangan yang lebih rapi.
3.
Buat Satu Jangka Masa Untuk Anda Menyimpan.
Sebagai
contoh: “Saya nak beli sebuah rumah dua tahun akan datang bermula dari hari
ini.” Apabila anda sudah menetapkan tarikh tertentu, tarikh tersebut
membolehkan anda fokus untuk mencapai matlamat itu.
4.
Fikirkan Berapa Banyak Yang Anda Perlukan Untuk Menyimpan.
Anda
perlu fikir berapa banyak yang boleh anda simpan duit selama seminggu, sebulan
atau setiap kali anda mendapat gaji untuk mencapai setiap matlamat penyimpanan
duit anda.
5.
Simpan Rekod Perbelanjaan Anda.
Dengan
kata lain, keep track perbelanjaan anda. Ada dua perkara mengenai duit anda:
berapa banyak yang anda dapat dan berapa banyak yang anda belanjakan.
Tulis
perbelanjaan anda untuk setiap bulan. Buat seperinci yang mungkin, dan pastikan
anda masukkan pembelian kecil seperti shavers atau syampu dan lain-lain.