HAI SEMUA

div class="widget">


Sabtu, 26 Mac 2016

POST 2 : SUMMER CAMP ENGLISH LEADERSHIP ASEAN PROGRAM

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pada 17-21 Mac 2016, Dewan Penginapan Pelajar Tenaga Nasional, UUM telah mengadakan "Summer Camp English Leadership Asean Program". Ia melibatkan pelajar sekolah Agama dari Thailand yang berumur dari 15-17 tahun. Program ini diadakan untuk berkongsi ilmu berkenaan kepimpinan dalam kalangan ahli jawatankuasa dan kepimpinan murid-murid sekolah disamping meningkatkan motivasi diri mereka untuk menjadi pemimpin yang unggul. Melalui program ini juga peserta akan didedahkan mengenai suasana dan kehidupan sebagai pelajar universiti dari aspek cabaran dan matlamat sebagai seorang pelajar. Selain itu, kami juga akan memupuk sikap bekerjasama dan semangat berpasukan  dalam diri setiap pelajar sekolah. Dalam program ini juga kami menerapkan kepentingan Bahasa kedua iaitu Bahasa Inggeris dalam kehidupan pada masa kini.

ini adalah barisan peserta dan fasilitator yang menyertai program
"Summer Camp English Leadership Asean Program"

Terdapat banyak kelebihan apabila membuat program dengan pelajar dari Thailand. Antaranya adalah dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pelajar dan juga para fasilitator dari UUM. Mereka juga dapat mempelajari beberapa adat dan cara dari Malaysia. Walaupun mereka boleh memahami cara orang Malaysia, tetapi agak kekok untuk mereka praktikkan.

Walau bagaimanapun, program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris. Semua peserta memberikan komitmen yang sangat memberangsangkan.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan